Naskhah agung,
Menyoroti sejarah demi sejarah,
Kegelapan sirna dek kilauan mukjizatMU
Tirus menelusuri jiwa-jiwa insan budiman
Maya tersentuh mulus menerjah.
Naskhah agung,
Satu kurnia penuh makna,
Lolos dibalik kabus kejahilan,
Rima wahyu jalan sebaran,
Rintis tamadun umat sejagat.
Naskhah agung,
Merentap jiwa-jiwa gersang,
Beralun suci dibenak insan,
Yang tertiarap lantas membangun,
Tegar meribat runtunan kalbu.
PUISI : PEMENANG PERTAMA
Oleh : Mohd Faiz b. Hamdan - (Tinta sejagat)
PMRAM Cawangan Shoubra
*Puisi & Cerpen semasa program Bengkel & Seminar Kem Latihan Penulis (KELAP) pada 23 Oktober 2010 (SABTU)
Comments
0 comments to "Puisi : Naskhah Agung"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.