Nov 13, 2010

SERAMBI GABUNGAN BERSAMA KBMK BERJALAN LANCAR

0 comments
Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra menyampaikan cenderahati kenangan kepada Tuan Abdullah Mat

SHOUBRA, 11 Nov-Program serambi mingguan minggu ini telah membawa kelainan tersendiri. Pihak DPM (MAQAZ) Shoubra di bawah Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPM ( MAQAZ) SHOUBRA telah menganjurkan taklimat kerjaya yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdullah bin Mat, Setiausaha Pertama Bahagian Hal Ehwal Agama, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

Majlis yang berlangsung di Dewan Ibnu Jazari pada pukul bermula pada 8.00 malam. Serambi Gabungan ini turut dihadiri oleh Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi, Ketua BAdan Sambutan dan Rehlah PMRAM Pusat. Majlis dimulai dengan ucapan aluan Pengerusi DPM ( MAQAZ) Shoubra, Saudara Ahmad 'Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki disusuli dengan ceramah motivasi yang bertajuk Taklimat Peranan & Kerjaya bersama JAKIM. Kira-kira 70 orang mahasiswa telah memenuhi Dewan Ibnu Jazari.

Pada taklimat tersebut Tuan Haji Abdullah bin Mat telah menjelaskan peranan JAKIM dalam memperkasakan institusi agama di Malaysia. Turut disentuh, kepentingan mahasiswa Islam mendalami ilmu kontemporari untuk mejejaki perancangan musuh Islam yang terus berusaha menjatuhkan kalimat Allah ini.

Taklimat ini yang berlangsung sekitar dua jam ini disudahi dengan sesi soal jawab dan jamuan malam. Pihak PMRAM cawangan Shoubra mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah khususnya pihak Tuan Abdullah bin Mat. Semoga hubungan baik ini bakal berterusan.

Comments

0 comments to "SERAMBI GABUNGAN BERSAMA KBMK BERJALAN LANCAR"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah