Oct 31, 2010

Bencana Tsunami & Gunung Merapi : PMRAM Menghulurkan Kerjasama Bantuan Bersama PPMI

0 comments
29 Okt, KAHERAH - PMRAM hari ini menghulurkan jalinan kerjasama dengan Persatuan pelajar dan Mahasiswa Indonesia (PPMI) demi menyalurkan bantuan kepada Mahasiswa Indonesia yang berada di Mesir setelah kejadian Tsunami di Kepulauan Mentawai dan Gunung Merapi berlaku tempoh hari. Kunjung hormat dari Presiden PPMI Saudara Falahuddin Nurhalim tersebut telah berlansung di Pejabat PMRAM.

Dalam pertemuan tersebut, beliau selaku Presiden PPMI amat terharu dan berbangga dengan jalinan yang dihulurkan oleh PMRAM.

Semasa perbincangan tersebut, PMRAM yang diwakili sendiri oleh Presiden Saudara Shahrizan Mohd Hazime serta Timbalan Presiden Saudara Muhammad Zuhaili meminta gambaran sebenar kejadian yang telah berlaku.

Keadaan yang dimaklumkan agak teruk dengan kesukaran proses bantuan dan menyelamat disebabkan masalah cuaca buruk dan kekurangan fasiliti kemudahan perhubungan yang baik.

Sehingga kini, pihak PPMI masih menanti laporan lengkap mengenai penglibatan keluarga mahasiswa Indonesia di Mesir dalam kejadian terbabit.

Sumbangan yang dilancarkan nanti akan diberi kepada ahli keluarga mangsa yang berada di Mesir bagi meringankan bebanan yang dihadapi.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut, Naib Presiden III Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan Saudara Mohd Farkhan Md Zain berkongsi pandangan mengenai isu ini.

Perkongsian maklumat dari kedua-dua pihak amat perlu dan penting untuk keselarasan penerangan.

Kesempatan tersebut juga, beliau sempat menunjukkan penerangan rasmi PMRAM bagi isu semasa umat Islam diseluruh dunia.Blog map2care.blogspot.com bertindak sebagai saluran maklumat mengenai isu semasa Islam di bawah seliaan Unit Kemanusiaan PMRAM.

Mengulas perkara ini, Naib Presiden III PMRAM menyatakan, peringkat PMRAM kita akan melancarkan tabung derma kilat khusus bagi mengumpul dana membantu ahli keluarga mangsa yang berada di Mesir.

Bantuan tersebut bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga mangsa di Indonesia yang dilaporkan kebanyakannya hilang tempat tinggal.

Di bawah seliaan Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM, tabung terbabit akan dilancarkan di Pusat Sukan (Nadhi Riyadhi) bersempena hari ketiga Majlis Pembacaan Hadith Kutub Sittah anjuran PMRAM.

Terdahulu, PMRAM telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi melahirkan rasa simpati atas kejadian yang menimpa penduduk Indonesia di Yogyakarta dan Kepulauan Mentawai. Sebelum ini juga, PMRAM telah berjaya menghulurkan bantuan dana kewangan kepada mangsa bencana gempa bumi di Padang tahun lepas.

Oct 30, 2010

HARAP AHLI BERSABAR.

0 comments
Assalamualaikum w.b.t.

Segala pujian serta syukur sama-sama kita panjatkan kepada Allah s.w.t selaku Tuhan pemilik sekalian alam pawana yang terhampar luas buat hamba-hambaNya guna menjalankan tanggungjawab yang telah sedia ditaklifkan sejak azali kelahiran, juga selawat dan salam tidak lupa dikirimkan pada kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w. Moga kita semua termasuk dikalangan insan yang tidak terlepas daripada syafa'atnya kelak. InsyaAllah.

Setiap tahun masalah yang selalu timbul dikalangan mahasiswa khususnya di bumi Shoubra ialah masalah rumah. Ada yang merungut rumah terlalu uzur, rumah kecil, rumah jauh daripada Ma'ahad dan sebagainya. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, Shoubra ialah sebuah bandar lama yang mana rata-rata infrastukturnya berusia hampir 50 tahun. Kita dipihak DPM [MAQAZ] telah mencuba sedaya upaya untuk mencari rumah yang selesa untuk sahabat-sahabat diami dan kita cuba seimbangkan harga sewaan dengan keadaan rumah sebelum kita membuat perjanjian sewa rumah. Apa yang kita harapkan ialah sahabat-sahabat dapat memahami keadaan semasa dan menerima dengan seadanya.
Pada tahun ini Kaherah telah dibanjiri oleh mahasiswa dan mahasiswi baru setelah pihak Al-Azhar As-Syarif membuat keputusan untuk tidak mentauzikkan mereka ke muhafazah. Jumlah keseluruhan mereka ialah hampir 800 orang. Permintaan rumah terlalu tinggi menyebabkan harga sewaan rumah juga naik secara mendadak.
Oleh itu kita yang berada di bumi Shoubra ini patut berasa bersyukur dan berpada dengan apa yang ada, dan sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Kita sekarang ini berada di dalam fatrah permulaan musim sejuk, oleh itu sukalah saya ingin menyarankan pada sahabat-sahabat sekalian agar menitik beratkan hal kesihatan, khususnya pada mahasiswa-mahasiswa baru. Pastikan setelah berwudhu' atau mandi, badan terus dilap, sentiasa memakai baju sejuk ketika keluar rumah serta kurangkan pengambilan minuman yang sejuk. Kesihatan adalah satu elemen penting yang perlu dijaga oleh seorang yang bergelar pelajar. Tanpa tubuh badan yang sihat, proses pembelajaran akan terganggu dek kerana lemahnya badan untuk ke kelas, mahu menelaah pelajaran pun sukar kerana pening dan sebagainya.
Waallahua'lam.

Aubidullah Fahim Ibrahim
Ketua Unit Penerangan & Penerbitan
DPM [MAQAZ] Shoubra 2010/2011

Oct 28, 2010

Tempahan Korban Aidiladha 1431 H

0 comments
Tempahan Korban Aidiladha 1431

Tempahan dibuka sekarang sehingga 10 November 2010.

Tempahan boleh dibuat kepada :
Ustaz Ameer Ikhwan : 014-0988227
Ustaz Kamarul Ikram : 014-7511818
Ustaz Hamyzan : 014-8766625

Harga binatang korban :
Unta : LE 800 / RM 475 (satu bahagian)
Kambing : LE 650 / RM 400


Oct 24, 2010

2010 KEBANGKITAN MAHASISWA

0 comments
Kalau diteliti, usia paling berpotensi seorang pemuda adalah usia antara 20 sehingga 30 tahun, maka mahasiswa adalah elemen terpenting dari golongan ini. Mahasiswa ini berada pada posisi yang sangat menguntungkan. Baik dari segi usia (masa pencapaian potensi maksima) mahupun dari segi lingkungannya yang berupa lingkungan akademis. Kemampatan emosi yang ditunjangi dengan intelektual yang cukup akan menghasilkan sebuah idealisme. Idealisme yang dihasilkan ini umumnya masih fitrah, dengan erti kata idealisme itu dibangunkan atas dasar keinginan untuk mewujudkan suatu sistem yang bersih dan adil. Bukan idealisme yang telah dikotori oleh najis kekuasaan, kekayaan atau kepentingan lainnya.


Itulah sebabnya kebanyakkan pergolakan atau penentangan kepada penguasa bermula dari kampus. Orang-orang yang sedang memiliki “idealisme fitrah” itu kalau dihadapkan pada sebuah ketidakadilan atau sesuatu yang tak sesuai dengan idealisme itu, maka timbullah jiwa yang memberontak. Dengan demikian muncullah gerakan-gerakan menentang penguasa yang digerakkan oleh mahasiswa. Disitulah terlihatnya kehebatan gerakan ini. Pemerintah atau penguasa sebenarnya tidak begitu selesa dengan situasi ini, sehingga terkadang gerakan ini harus dihentikan dengan keras, ugutan dan tidak terlepas yang dikenakan undang-undang zalim terhadap mereka iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).

Gerakan Mahasiswa merupakan sebuah gerakan yang tak mudah ditambat tengkoknya dan dicucuk hidungnya. Dibanding masyarakat awam, mereka ini jauh lebih faham dengan situasi politi terkini. Dunia kampus telah menyajikan jendela bagi mereka untuk membuka mata melihat apa sebenarnya yang terjadi saat ini. Dari kampus ini pulalah terlahir gerakan-gerakan atau perkumpulan mahasiswa yang wujud kesatuan aksi, himpunan dan sebagainya. Kebangkitan gerakan mahasiswa yang dijalankan hampir setiap kampus di Malaysia saat ini, semakin menambah wawasan dan keterampilan politik para mahasiswa.

Namun hanya bermodalkan mahasiswa saja belum menjamin akan menjadi seorang yang memiliki sebuah idealis terutama yang bersangkutan dengan ilmu politik. Secara garis besar mahasiswa dibahagikan menjadi dua; aktivis kampus dan study oriented. Mahasiswa yang ber”mazhab” study oriented hanya memiliki satu misi dalam kuliahnya; belajar dan mencapai nilai pointer setinggi-tingginya. Mahasiswa jenis ini tak akan mengambil tahu dengan percaturan politik yang sedang berlansung. Baik politik internal atau politik kampus, apatah lagi politik di luar kampus (negara). Berbeza dengan mahasiswa yang bergelar aktivis kampus. Mereka ini memiliki pengetahuan yang tinggi terhadap segala apa yang dicorak oleh penguasa, baik di dunia kampus ataupun juga dunia luar kampus.

Memang banyak godaan dan tangan-tangan gelap yang menghalang seorang pemuda pada masa ini untuk melihat kebenaran dan keadilan, namun disitulah letaknya tentangannya. Tentangan yang harus diharungi seseorang untuk mencapai kejayaan itu. Banyak anak muda yang terlena dengan berbagai macam godaan sehingga ia terlupa akan potensi-potensi yang sedang dimilikinya. Dengan demikinan maka beruntunglah mereka yang tak terlena oleh godaan-godaan itu serta dapat memanfaatkan potensinnya yang ada.

Peranan mereka sebagai mahasiswa pada saat ini bukan hanya sekadar duduk dan mendengarkan sahaja pemerintah berbicara. Mereka merasakan dan menyedari keprihatinan akan keadaaan Malaysia, mereka berjuang dan cita-cita mereka hanya satu, memberi kesan yang besar bagi tranfomasi Malaysia yang lebih baik dan bermartabat. Walaupun keadaan ini tidak disenangi beberapa pihak yang ingin menjaga sesuap nasi mereka, akan tetapi ini bukanlah satu perkara yang besar bagi mahasiswa yang berjiwa tinggi untuk menyatakan kebenaran, menegur kemungkaran.

2010 merupakan tahun kebangkitan gerakan mahasiswa. Mahasiswa, anak muda dan orang ramai mula tersentak dan tersedar dari lena yang panjang, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) bukan lagi akta yang melindungi dan memberi kebaikan kepada mahasiswa khususnya tetapi akta ini menzalimi mereka dan menghalang suara-suara mereka yang ingin menyatakan kebenaran. Ayuh anak muda harapan Agama, harapan Bangsa dan Negara, mari kita sama-sama optimumkan potensi diri yang ada, dalam memperjuangkan hak dan mencapai misi yang utama iaitu tranfomasi Malaysia kearah lebih baik. Gunakan segala medium yang ada. Maksimakan pengunaan Blog, Facebook, youtube dan sebagainya untuk dijadikan senjata, dan pastikan senjata itu sentiasa tajam untuk menikam musuh yang menghalang.



“Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara. Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.” WaAllahualam.

sumber: MOHD YUSOF HADHARI B. SAIDON -UTMKL
KETUA PENERANGAN GAMIS PUSAT

Isu Pegawai JPMK : Kenyataan Rasmi Presiden PMRAM

0 comments
Sejak kebelakangan ini, banyak isu-isu yang melibatkan penindasan mahasiswa Islam di Mesir berlaku. Bermula daripada isu Kutub Sittah pada tahun 2009 sehinggalah sekarang ini, ia berlaku bagaikan dirancang. Namun PMRAM meminta agar ahli bertenang serta bertindak mengikut arahan pimpinan.

PMRAM dengan ini melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas tindakan pihak-pihak berwajib yang melanggar polisi dan etika sebagai seorang penjawat awam. Bagi PMRAM, tindakan Pengarah JPMK Prof. Madya Dr. Jamil bin Hasyim yang menandatangai surat sokongan bagi penubuhan 'Academy Center' di Tanta merupakan tindakan yang tidak profesional.

Di dalam surat tersebut terdapat beberapa kesalahan mengikut format rasmi surat kerajaan. Bahkan beliau juga menafikan peranan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) yang selama ini menjaga keselamatan mahasiswa-mahasiswi Islam di sana. PMRAM menyifatkan kata-kata ini sebagai tuduhan yang tidak mempunyai asas yang kukuh.

Di sini saya ingin menegaskan bahawa walaupun DPMT mampunyai autoriti untuk menyelesaikan isu-isu yang melibatkan pihak keselamatan Mesir, PMRAM tidak pernah sesekali membelakangi peranan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dalam isu-isu keselamatan mahupun menafikan kewujudannya.

Beralih kepada isu yang berlaku di Mansurah pada 16 Oktober lalu. PMRAM sekali lagi melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap salah seorang pegawai JPMK yang menyalahgunakan kuasa. PMRAM menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh Pegawai Atase Akademik En. Khairi bin Jalaluddin juga sebagai tindakan yang tidak profesional.

Sebagai penjawat awam beliau tidak sepatutnya mengambil kesempatan ketika taklimat biasiswa tersebut untuk mengedarkan borang Kelab Umno. Tindakan tersebut seolah-olah mengajak mahasiswa untuk terlibat dengan parti politik.

PMRAM mengambil pendekatan diplomasi dalam menghadapi isu ini dan cuba mengelakkan tindakan provokasi. Walaupun tindakan tidak profesional ini dilakukan oleh beberapa orang pegawai JPMK, PMRAM dengan ini menegaskan bahawa hubungan rasmi tetap akan diteruskan demi menjaga kesatuan dan kebajikan di kalangan mahasiswa-mahasiswi Islam di Mesir.

PMRAM mengharapkan agar pihak JPMK lebih profesional dalam melaksanakan tugasnya demi menjaga nama baik negara Malaysia. PMRAM juga mengharapkan agar semua ahli sentiasa berdoa semoga persatuan induk ini terus mendapat bimbingan daripada Allah SWT dalam setiap tindakan yang dilakukan serta dilindungi daripada halangan dan ancaman.

Akhirnya saya mewakili PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dukungan ahli dalam menghadapi isu-isu yang melibatkan mahasiswa Islam ini.

Sekian.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Shahrizan bin Mohd Hazime,
Presiden,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010.

Menara Warisan 5 Billion : PMRAM Saran Pertimbangkan Semula

0 comments
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menyarankan kepada pihak Kerajaan Malaysia untuk menilai dan mengkaji semula dalam membuat pertimbangan semula berikutan perancangan untuk membina menara 100 tingkat sebagaimana yang diumum pada ucapan Bajet 2011.

Menara yang diberi nama Bangunan Warisan Merdeka tersebut bakal menjadi menara tertinggi di Malaysia apabila ia dilaksanakan yang dijangka akan siap sepenuhnya menjelang 2020. Isu yang menjadi topik perbualan adalah berkaitan kos yang amat tinggi dibelanja iaitu sebanyak 5 billion.

PMRAM sama sekali tidak menolak akan perancangan dalam menarik tarikan pelancong bagi meluaskan lagi promosi negara Malaysia ke dunia luar di samping untuk mendapatkan pelabur asing dengan kadar yang tinggi. Namun, pertimbangan melaburkan kos 5 billion dengan keperluan asas yang sewajarnya itu yang perlu dinilai semula.

Memandang kepada realiti masyarakat Malaysia yang masih rata-rata kurang kemampuan terutama dari sudut kebajikan dan pendidikan, kos 5 billion lebih bermanfaat untuk disalurkan ke arah tersebut sekaligus meletakkan negara lebih stabil dari sudut kebajikan dan menuju ke arah kemajuan dengan institut pengajian yang semakin berkembang. Hal ini dapat direalisasikan dengan saluran yang tepat berdasarkan kehendak yang mesti didahulukan mengikut tuntutan keadaan.

Justeru, PMRAM menyarankan sekali lagi agar pihak Kerajaan Malaysia dapat mempertimbangkan kos penggunaan 5 billion tersebut dengan mengkaji tuntutan yang selayaknya didahulukan bertepatan dengan konsep 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Mohd Faizzudin Ghazali
Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan
PMRAM 2010

Oct 23, 2010

PMRAM Memandang Serius Isu Islamic Fashion Festival

0 comments


KAHERAH, 22 Oktober – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini menyatakan kekesalan terhadap isu panas yang melanda umat Islam sedunia hari ini, khususnya di Malaysia. 

Isu berkenaan Islamic Fashion Festival yang dijalankan di Malaysia baru-baru ini mengundang kemarahan umum umat Islam di Malaysia apabila festival jelas bercanggah dengan landasan syara’.

PMRAM turut menyokong tindakan bantahan yang dilaksanakan oleh beberapa NGO Islam di Malaysia bagi menyatakan kekesalan isu tersebut dan meminta agar festival seperti itu tidak lagi dilaksanakan di Malaysia.

Semalam (21 Oktober, Khamis), MANHAL PMRAM telah pun mengeluarkan kajian yang berkaitan Islamic Fashion Festival yang jelas ia cukup mengundang kemarahan umat Islam apabila ia seakan-akan menghina Nabi Muhammad SAW apabila kalimah Muhamad yang diterbalikkan dan terdapat di pakaian yang dipakai oleh seorang model wanita yang tidak menutupi aurat.

Bahkan festival tersebut turut melanggar landasan syara’ apabila terdapat percampuran lelaki dan wanita tanpa batasan serta terdapat beberapa model yang tidak menutupi aurat.

Naib Presiden I, merangkap Ketua Lajnah Badan Dan Dakwah, Saudara Adlan Mokhtaruddin berkata program-program sebegini amat dikesali kerana ia menyumbang ke arah keruntuhan moral akhlak di kalangan masyarakat yang kian parah sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

Bahkan beliau juga menyatakan bahawa sebelum ini konsert yang mengundang penuh kontroversi dan kemarahan umat Islam dengan membawa artis luar negara yang popular dengan simbolik gay juga merupakan tanda kerosakan akhlak yang semakin parah.

Justeru, isu-isu sebegini PMRAM memandang serius terhadap apa yang berlaku dan mengharapkan pihak kerajaan Malaysia serius menangani isu ini dengan baik bagi sama-sama menjaga maruah umat Islam serta memastikan segala program yang boleh mengundang kerosakan akhlak di kalangan masyarakat tidak lagi dijalankan.

Mohd Faizuddin Ghazali
Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan
PMRAM 2010

Oct 22, 2010

Pengakuan Pengarah JPMK Menandatangani Surat ‘AC ‘ Medic Mesir

0 comments

Susulan daripada pertemuan saya selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta, Us.Sulaiman Bin Ismail dan Pengerusi Perubatan Cawangan Tanta saudara Mohd Azhan Bin Hamdan bersama En.Shaiful Bin Muhammad, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah seperti yang telah dilaporkan sebelum ini. Maka, semalam bertarikh 21/10/2010 saya bersama beberapa orang ahli Dewan Perwakilan Mahasiwa Tanta sekali lagi ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah untuk bertemu sendiri dengan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Profesor Jamil Bin Hashim bagi mendapatkan penjelasan berkaitan surat yang telah dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada agensi Medic Mesir.


Dalam pertemuan tersebut, kami bertanyakan kepada beliau tentang status surat tersebut, siapa yang mengeluarkan dan menandatangani surat tersebut. Profesor Jamil mengakui bahawa surat tersebut telah ditandatangani oleh beliau dan dikeluarkan oleh kerani yang bertugas pada waktu itu. Professor Jamil mengatakan bahawa surat itu bukanlah surat keizinan menubuhkan Academic Centre (AC) seperti yang telah diwar-warkan oleh agen Medic Mesir akan tetapi hanya sekadar sokongan sahaja. Dari sudut keselamatan pula, Professor Jamil menyatakan bahawa tidak ada apa-apa jaminan dan segala risiko akan ditanggung oleh agensi Medic Mesir sepenuhnya.

Meskipun begitu, saya amat kesal dengan tindakan Profesor Jamil kerana menandatangani surat tersebut dalam keadaan surat itu terdapat banyak kesalahan dan menyalahi format penulisan surat yang sebenar. Sepatutnya, selaku Pengarah JPMK yang dihantar oleh pihak kerajaan Malaysia ke sini perlulah memainkan peranan sebaik-baiknya dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Apabila ditanya berkenaan kesalahan-kesalahan pada surat tersebut, beliau hanya berdiam sahaja dan mengatakan bahawa akan menyemak semula isi kandungan surat tersebut. Saya menganggap bahawa tindakan Profesor Jamil menandatangani tanpa menyemak isi kandungan merupakan satu kecuaian daripada pihak beliau sendiri. Bagaimana seorang yang berpendidikan tinggi dan bertaraf professional boleh melakukan kesilapan seperti ini.

Dalam masa yang sama juga, Profesor Jamil mengatakan bahawa Kementerian Pengajian TInggi, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah & Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah tidak mengiktiraf mana-mana agensi di Mesir setakat ini. Apabila tidak mengiktiraf mana-mana agensi, maka pihak JPMK tidak boleh mengeluarkan surat sokongan tersebut. Tindakan Professor Jamil ini menyalahi etika kerja sebagai seorang yang berstatus pegawai kerajaan.

"

23 Oktober : Solat Hajat Perdana "Ya Allah Selamatkan Kutub Sittah" Dan Penerangan Isu Semasa

0 comments


KAHERAH, 21 Oktober - PMRAM Pusat akan menganjurkan Solat Hajat Perdana "Ya Allah, selamatkan Kutub Sittah" dan penerangan isu-isu semasa pada 23 Oktober, iaitu pada hari Sabtu di Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabik.

Ini berikutan kepada 2 perkara besar yang ingin disampaikan kepada ahli semuanya iaitu berkenaan penerangan bagi program Kutub Sittah Siri II dan penjelasan isu-isu seputar yang berlaku di kalangan mahasiswa/wi Islam di Mesir baru-baru ini.

Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan berkata bahawa program ini dianjurkan bagi menjawab segala persoalan yang berlaku ke atas program Kutub Sittah Siri II dan isu-isu semasa. Dan ia merupakan kesinambungan daripada solat hajat "Ya Allah, selamatkan Kutub Sittah' di seluruh PMRAM Cawangan dilaksanakan pada 21 OKtober, malam ini.

PMRAM begitu optimis untuk menjayakan program Kutub Sittah Siri II pada tahun ini walaupun pada tahun lepas cuba digagalkan oleh pihak tertentu.

Pengarah Kutub Sittah Siri II, Saudara Yusuf A. Kadir berkata bahawa kini penyertaan sudah menjangkaui 1000 peserta dan ia merupakan satu sejarah agung bagi PMRAM dalam menganjurkan satu program talaqi bersama Masyaikh Al-Azhar secara besar-besaran.

Bahkan pada tahun ini, pihak pengurusan Kutub Sittah Siri II akan meraikan mahasiswa/wi tahun akhir yang sudah pun berdaftar dengan Majlis Hi-Tea bersama Masyaikh Al-Azhar yang akan dilaksanakan pada 1 November, malam.

Pihak beliau juga berkata, pada 23 Oktober nanti, lokasi pengajian Kutub Sittah Siri II akan dimaklumkan secara rasmi yang mana menjadi tanda tanya bagi semua peserta yang sudah berdaftar khususnya.

Selepas itu, penerangan isu-isu semasa akan disampaikan oleh beberapa pihak terbabit dalam membawa dan menjelaskan isu-isu hangat yang berlaku ke atas mahasiswa/wi baru-baru ini.

Ia melibatkan hak dan maruah integriti mahasiswa Islam, dan mempunyai kaitan dengan usul PMRAM pada tahun ini iaitu 'mendesak pihak berwajib untuk meningkatkan peranan dan integriti dalam menangani isu mahasiswa dengan lebih adil dan serius'.

Pihak PMRAM berasa kesal dengan beberapa isu yang berlaku, dan atas inisiatif tersebut di bawah Badan Penerangan Dan Penerbitan penjelasan isu-isu semasa akan dilaksanakan bersama-sama dengan Solat Hajat Perdana "Ya Allah, Selamatkan Kutub Sittah" pada 23 Oktober ini di Rumah Kelantan Baru yang dijadualkan bermula pada waktu Maghrib.

Semua mahasiswa/wi dijemput untuk sama-sama berdoa akan keselamatan Kutub Sittah Siri II yang bakal berlangsung dan mendengar penjelasan isu-isu semasa yang berkaitan mahasiswa/wi Islam di Mesir ini.

Isu Pemusatan Mahasiswa/wi Di Kaherah akan Diperbincangkan Dalam Konvensyen PMRAM

0 comments

KAHERAH, 21 Oktober - Pengarah Program Konvensyen PMRAM, yang juga Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman meminta semua ajkt PMRAM Cawangan untuk bersiap sedia ke Konvensyen PMRAM. Konvensyen PMRAM yang bakal diadakan pada 3 NOvember tersebut melibatkan semua ajkt seluruh PMRAM cawangan, ikhwah mahupun akhwat.

Konvensyen PMRAM pada kali ini bakal membincangkan beberapa agenda utama untuk tindakan bersama di setiap peringkat antaranya etika PMRAM, 2 usul PMRAM dan isu pemusatan mahasiswa/wi baru di Kaherah.

Konvensyen PMRAM yang bertemakan "Kita PMRAM" akan menyaksikan perbincangan serius di peringkat pimpinan mengenai isu pemusatan mahasiswa/wi baru di Kaherah yang sebelum ini menjadi perbualan hangat mengenai tindakan yang akan diambil.

"Kita akan menjadikan Konvensyen PMRAM untuk menyedarkan setiap pimpinan mengenai isu-isu besar yang berlaku yang melibatkan tindakan semua pihak. Bahkan kita tahu ekoran isu pemusatan mahasiswa/wi baru di Kaherah telah memberikan impak yang besar di seluruh peringkat, dari sudut kondisi BKAN untuk menjaga ahli seramai 800 orang yang berpusat di Kaherah keseluruhannya dan dari sudut kondisi DPM yang merisaukan kesinambungan DPM bagi sesi seterusnya tanpa ada pelapis dari kalangan mahasiswa/wi baru," tegas Pengarah Konvensyen PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman.

Justeru, beliau menyeru untuk semua pimpinan di setiap cawangan bersiap sedia dengan lebih awal dan membincangkan 2 agenda besar iaitu 2 usul PMRAM dan isu pemusatan mahasiswa/wi baru di Kaherah bagi menjayakan Konvensyen PMRAM yang bakal berlangsung pada 3 November nanti.
 

Oct 21, 2010

DPM (MAQAZ) SHOUBRA TERIMA KUJUNGAN MANTAN PENASIHAT

0 comments
Shoubra, 21 Oktober - Kepimpinan DPM (MAQAZ) Shoubra hari ini menerima kunjungan mantan Penasihat DPM (MAQAZ) Shoubra sesi 2005/2006, Al Fadhil Ustaz Zainudin Zakaria. Pertemuan yang berlangsung di Dewan Ibnu Jazari itu telah disambut oleh Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra, Saudara Ahmad 'Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki dan Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan, Saudara Mohd Naim bin Abd Rahim.

Pertemuan yang berlangsung selama hampir satu jam itu membincangkan isu-isu berbangkit sekitar mahasiswa Shoubra. Al Fadhil Ustaz Zainudin Zakaria juga turut berkongsi pengalaman beliau sepanjang berada di Ardil Kinanah ini.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai Imam di Masjid Indera Mahkota, Pahang turut mengingatkan mahasiswa Shoubra khususnya bagi meneruskan kesinambungan dakwah di Malaysia melalui ilmu yang diperolehi di sini.

Pihak DPM (MAQAZ) Shoubra merakamkan penghargaan kepada Al Fadhil Ustaz Zainudin Zakaria yang sudi meluangkan masa bersama mahasiswa Shoubra.

Oct 20, 2010

Kenyataan Rasmi Pengeusi DPMT Mengenai Isu Surat Rasmi JPMK kepada Medic Mesir

0 comments




DPMT, 20 Oktober 2010 - Assalamualaikum... Makluman kepada seluruh warga Tanta yang dirahmati Allah S.W.T hendaknya. Pihak DPMT dengan penuh rasa bertanggungjawab ingin menyentuh mengenai isu surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada Agen Medic Mesir iaitu  surat sokongan dan kebenaran menubuhkan Academic Centre ( AC) di Tanta yang tersiar di tantamedicmesir.blogspot.com. 

           Rentetan daripada surat yang dikeluarkan itu, kami menyedari terdapat beberapa kesalahan dan keraguan yang boleh dipertikaikan mengenai surat yang telah dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada pihak Agen Medic Mesir itu.   

            Dengan ini, saya MOHD SULAIMAN BIN ISMAIL selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) bersama saudara AZHAN BIN HAMDAN  selaku Pengerusi Perubatan cawangan Tanta (PCT) telah mengadakan perjumpaan secara rasmi dengan Encik Shaiful Anuar Bin Mohammad yang merupakan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) di pejabatnya  untuk mendapat penjelasan mengenai kesahihan surat tersebut.

              Semasa perjumpaan, saya telah mengemukakan contoh surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada Agen Medic  Mesir ini. Hasil penilitiannya, beliau menyatakan bahawa tidak tahu menahu langsung mengenai surat yang dikeluarkan itu. Ujarnya lagi, beliau begitu musykil dengan kesahihan pengeluaran surat tersebut dan akan mendapatkan kepastian dan maklum balas dari pihak JPMK sendiri.

               Antara yang kami utarakan dalam pertemuan tersebut,kami menyatakan terdapat beberapa kesalahan dalam surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK. Antaranya, surat tersebut tiada nombor rujukan rasmi, kesalahan tatabahasa dan tandatangan yang tidak bernama akan tetapi menggunakan kepala surat rasmi JPMK sepenuhnya.

              Justeru, seharusnya tidak berlaku sama sekali kesalahan tersebut kerana ianya menyalahi protokol surat rasmi jabatan kerajaan dan boleh menimbulkan keraguan terhadap ketelusan dan integriti  JPMK ini.

              Dengan bukti yang ditimbulkan ini, surat ini dikira tidak sah dan tidak boleh dijadikan sokongan kepada agen Medic  Mesir sama sekali kerana terdapat banyak keraguan dan ketidaksahihannya.

              Saya berharap dengan kenyataan ini, seluruh ahli di Tanta dari kalangan Pengajian Islam dan Perubatan jelas mengenai status surat ini yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh JPMK.

 Sekian, terima kasih.

Oleh,
MOHD SULAIMAN BIN ISMAIL,
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta
Sesi 2010

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PIMPINAN PMRAM MANTAP

0 comments

SHOUBRA, 19 OKTOBER – Cemerlang. Itulah gambaran kepada perjalanan proram Majlis Ramah Mesra bersama Badan Pengurus PMRAM 2010 yang berlangsung di Dewan Ibnu Jazari, Markaz DPM (MAQAZ) Shoubra.

Majlis yang berlangsung dalam suasana kekeluargaan itu, menyaksikan lebih dari 80 orang ahli DPM (MAQAZ) Shoubra membanjiri Markaz bagi meraikan kehadiran Badan Pengurus PMRAM yang diketuai oleh Presiden PMRAM 2010, Saudara ShahrizanMohd Hazime bersama Badan Pengurus lain.

Progam yang dipengerusikan oleh Saudara Mohamad AlHidayat bin Khalid, Badan Pengurus angkat DPM (MAQAZ) Shoubra bermula dengan sesi taaruf kepimpinan Badan Pengurus, sebelum disusuli oleh sesi soal jawab yang mendapat sambutan hangat hadirin.

Pelbagai soalan telah diajukan kepada kepimpinan PMRAM mencakupi pelbagai bidang. Isu semasa mengenai mahasiswa Islam di Mesir antara mencuri tumpuan. Isu melibatkan taklimat biasiswa yang berubah menjadi ruang rekrut ahli parti politik di Mansurah dan kontrovesi agen Medik Mesir di Tanta menjadi subjek utama perbincangan. Isu ARMA juga turut menjadi topik panas pada malam tersebut

Ruang ini juga dimanfaatkan sebaiknya oleh para hadirin untuk mengenali PMRAM dengan lebih dekat. Konsep taakhi, kebajikan dan thaqafah yang dibawa PMRAM kepada ahli telah dihurai dengan baik oleh Badan Pengurus.

Hadirin seterusnya mendengar amanat emas Presiden PMRAM 2010, saudara Shahrizan Mohd Hazime. Dalam amanat tersebut, beliau menekankan pembawakan PMRAM adalah berdasarkan prinsip Al- Quran dan Sunnah secara syumul. Turut disentuh, kepentingan mahasiswa Islam untuk membentuk jatidiri berlandaskan acuan Islam.


Pada majlis yang sama, seluruh ahli DPM (MAQAZ) Shoubra telah melakukan kejutan meraikan ulang tahun kelahiran Presiden PMRAM. Sebagai simbolik, Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra, Saudara Ahmad ‘Afif Zuhdi Ahmad Zaki telah menyuapkan sepotong kek kepada Saudara Shahrizan Mohd Hazime sebelum hadirin sama-sama menyanyikan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ dan lagu rasmi PMRAM.

Majlis diahiri dengan jamuan malam dan sesi bergambar bersama pimpinan Badan Pengurus PMRAM 2010.


FUTSAL PERKUAT JALINAN UKHUWAH TAAKHI

0 comments

HAYYU SADIS, 16Okteber 2010 –Bertempat di Nadi Syabab, Hayyu Sadis, dua cawangan taakhi PMRAM, DPM (MAQAZ) Shoubra dan Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir (BKAWM) telah mengadakan perlawanan persahabatan futsal. Ini merupakan aktiviti taakhi yang julung-julungkalinya diadakan di bawah pimpinan baru sesi 2010/2011

Perlawanan tersebut yang melibatkan pimpinan Wilayah dan Shoubra ini bermula jam 8.00 malam dan berakhir pada 10.00 malam. Skuad masing - masing di bawah pimpinan saudara Mohd Faiz Hamdan dan saudara Mohd Nazmi Abd Samad  telah beraksi dengan cemerlang. Jalinan ukhuwah jelas sekali terpancar di wajahsemua sahabat pimpinan yang hadir pada malam itu

Perlawanan futsal persahabatan itu diakhiri dengan sesi bergambar antara kedua-dua pimpinan PMRAM cawangan.Semoga dengan aktiviti yang diadakanseperti ini dapat membina tali ukhuwah antara kedua-dua PMRAM cawangan.



Nadi Syabab,Hayyu Sadis, 16 OKT- Selepas berhempas pulas dengan memerah keringat dalam menjayakan program-program sepanjang bulan ini, pihak Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) di bawah Unit Kebudayaan, Keseniaan Dan Sukan (UKKS) telah menganjurkan Friendly Match dengan Dewan Perwakilan Mahasiswa Shoubra (MAQAZ)yang bertempat di sini.

Tujuan perlawanan itu diadakan untuk menjayakan konsep taakhi yang dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)yang bernaung dibawahnya. Selain itu, ia juga untuk mengeratkan lagi ukhuwah diantara ahli-ahli BKAWM dan MAQAZ itu sendiri. Perlawanan yang berlangsung selama dua jam itu menghasilkan natijah yang terbaik kepada semua pemain kerana dapat berkumpul bersama-sama dan menunjukkan bakat masing-masing serta berkenal-kenal diantara satu sama lain terutamanya kepada AJKT baru dengan senior-senior BKAWM.



Perlawanan tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila ramai ahli BKAWM turun padang beramai-ramai samada dari senior ataupun junior untuk menjayakan perlawanan taakhi bersama ahli MAQAZ. Kedua-dua belah pihak mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.Turut hadir pada perlawanan tersebut,Pengerusi MAQAZ Saudara Ahmad 'Afif Zuhdi. Perlawanan berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai.:

Oct 19, 2010

JAULAH BADAN PENGURUS PMRAM 2010

0 comments

Oct 18, 2010

Isu Keselamatan : Pengerusi DPM Tanta Kesal Wakil Agen Medik Mesir tidak Bekerjasama

0 comments
TANTA, 10 Oktober 2010 - Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Sejak kebelakangan ini kita dibanjiri dengan pelajar-pelajar daripada pengajian Perubatan. Saban tahun kuantitinya semakin bertambah. Sebilangan ramai daripada pelajar tersebut datang melalui tajaan JPA, agen QAS dan Medic Mesir.

Pihak persatuan DPMT tetap mengambil sikap untuk memberikan seberapa banyak kerjasama dan bantuan terutamanya kepada pelajar-perlajar yang baru tiba di bumi Tanta melalui hubungan yang telah dijalinkan dengan Persatuan Perubatan Cawangan Tanta ( PCT ) yang telah dilakukan sejak awal penubuhan persatuan tersebut.

Alhamdulillah, pada tahun lepas semua agen dapat memberikan kerjasama yang amat baik terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan isu keselamatan.

Namun yang menjadi masalah pada hari ini, sebuah agen yang dikenali sebagai agen Medic Mesir telah mengambil langkah menganjurkan aktiviti-aktiviti di bawah seliaannya sendiri dan baru-baru ini agen terbabit telah mengadakan program Sambutan Mahasiswa Baru di imarah pelajar-pelajar akhawat agen Medic Mesir.

Sebelum ini, wakil agen tersebut telah mengatakan bahawa tempat tersebut sebagai ‘centre’ sahaja dan bukannya markaz. Apa yang dikatakannya itu hanyalah perbezaan dari sudut istilah sahaja tetapi fungsiya tetap sama seperti markaz. Tindakan agen tersebut amat membimbangkan pihak kami kerana jelas telah melanggari qarar ( ketetapan ) yang telah ditetapkan oleh pihak keselamatan Mesir.

Pihak keselamatan Mesir telah menetapkan bahawa mahasiswa Malaysia hanya dibenarkan untuk beroperasi dengan sebuah markaz sahaja yang telah diluluskan dan tidak dibenarkan untuk menubuhkan markaz yang lain. Hal ini menjadi satu perkara yang amat kita titikberatkan demi kemaslahatan dan keselamatan semua pelajar. Sebab itulah, pihak DPMT tidak dapat menunaikan permintaan daripada persatuan PCT untuk menubuhkan markaz yang lain dan mengambil keputusan untuk berkongsi markaz sehingga ke hari ini.

Untuk menyelesaikan masalah ini, pihak kami telah berusaha untuk berbincang dengan wakil agen tersebut bagi menyelesaikan masalah ini. Namun, apa yang menjadi masalah wakil agen tersebut jelas tidak memberikan kerjasama yang baik kepada pihak kami. Sedangkan ianya adalah untuk kemaslahatan kita bersama termasuk pelajar-pelajar daripada agen tersebut. Saya melihat di dalam isu ini wakil agen tersebut seolah-olah mengambil sikap sambil lewa dan lepas tangan. Saya sendiri telah menghubungi beliau dan mengatakan bahawa pihak keselamatan Mesir ingin bertemu dengan beliau.

Beberapa kali temujanji dengan pihak keselamatan Mesir terpaksa kami batalkan kerana apabila tiba masa untuk bertemu dengan pihak keselamatan Mesir beliau telah mematikan telefon bimbitnya. Bahkan, pesanan ringkas yang dihantar melalui SMS juga tidak dibalas oleh beliau. Apabila ditanya, beliau memberi alasan yang tidak munasabah. Secara peribadi saya merasa begitu kesal dengan tindakan beliau ini. Jelas membuktikan bahawa pihak agen tersebut cuba untuk mengelak apabila kita mengambil jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai sebuah agen yang besar ,saya menganggap bahawa tindakan yang dilakukan oleh wakil agen terbabit adalah satu tindakan yang kurang professional.

Sekali lagi saya melahirkan rasa sedih dan kesal kerana pihak agen terbabit tidak membantu untuk menyelesaikan isu ini dalam keadaan yang baik dan harmoni. Sedangkan kita tahu, bahawa negara Mesir ini terkenal sebagai sebuah negara yang darurat. Kita sepatutnya bersyukur, kerana ini pihak keselamatan Mesir masih memberikan kerjasama yang baik sehingga hari ini. Saya menasihatkan kepada wakil agen tersebut supaya memikirkan akan kemaslahatan dan kebaikan seluruh pelajar Malaysia yang berada di bumi Tanta ini .

Sekian, Wassalam.

"Kemantapan Fikrah membina Syakhsiah"

Sulaiman Bin Ismail,
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta
Sesi 2010/2011.

Oct 15, 2010

AYUH JAYAKAN KEMPEN JOM KE KELAS

0 comments
Assalamualaikum w.b.t…


Kesyukuran kita hadapkan kepada Allah Taala di atas kurniaan nikmat Iman dan Islam yang merupakan sebesar-besar kurniaan, selawat dan salam ke atas junjungn besar Nabi Muhammad s.a.w, kaum kelaurga, para sahabat dan seluruh kaum Muslimin yang dirahmati Allah.


Firman Allah Taala, mafhumnya :
 “Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.                                                                                                                                                                   
Sahabat-sahabat yang dihormati,


Marilah kita bermuhasabah kembali matlamat dan tujuan asal kita datang ke bumi Anbiya’ ini, tentunya hanyalah untuk menuntut ilmu. Apakah tujuan tersebut telah laksanakan dan aplikasikan dengan jayanya dalam hidup kita? Jawapannya masing-masing berada pada diri kita sendiri, tepuk dada tanya Iman.


Masa tidak dapat dipisahkan bagi setiap hidup manusia. Dalam konteks kita sebagai mahasiswa yang dahagakan ilmu-ilmu Allah di bumi Mesir ini, masa itu berlalu begitu pantas dan apabila kita tidak mendahuluinya maka ia akan mendahului kita.




Jika kita renung sejenak, terdapat tiga cabang ilmu yang kita boleh perolehi di bumi Mesir ini, yang pertama Ilmu Turath yang kita ketahui bahawa ilmu ini kita akan diperolehi apabila kita hadir ke kuliah dan bertalaqqi dengan masyaikh dan alim ulama. Kedua ialah Ilmu Muastharah iaitu ilmu yang kita perolehi juga dari kuliah atau kelas dan juga dengan pembacaan-pembacaan  buku ilmiah. Yang ketiga ialah Ilmu Qiyadah yang secara langsung kita akan perolehi apabila kita melibatkan diri dengan persatuan; maka dalam konteks ini adalah DPM (MAQAZ) Shoubra.


Sahabat-sahabat sekalian,


Pengajian di Maahad pada tahun ini sesuailah saya istilahkan sebagai ‘tahun perpisahan’. Sesi pengajian tahun ini merupakan tahun akhir perkhidmatan kepada dua orang Syeikh yang banyak berjasa kepada kita, Syeikh Ahmad Abdul Rahim dan Syeikh Judah. Jika kita tidak memanfaatkan saat akhir ini dengan hadir ke kelas, bila pula dapat kita merasai limpahan ilmu dari kedua orang Syeikh ini.


Akhirnya, saya mengambil kesempatan ini mengajak sahabat-sahabat mengabil peluang yang dikurniakan oleh Allah ketika berada di bumi Mesir ini dengan mengatur jadual hidup kita dengan perkara-perkara yang berfaedah. Jangan biarkan nafsu yang membara itu dapat menewaskan hati-hati yang suci nur al-Quran dalam diri kita sebagai seorang yang bergelar huffaz. Pungutlah Ilmu sebanyaknya,supaya mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. 


Mohammad Naim bin Abd Rahim,
Ketua Unit Pengetahuan & Pendidikan,
DPM (MAQAZ) Shoubra 2010/2011

Oct 14, 2010

JAULAH RIBAT UKHUWWAH 2010 : MELAWAT MAQAM SEKITAR KAHERAH

0 comments

Oct 11, 2010

Nasihatilah Manusia Walaupun Engkau Seorang Pendosa

0 comments

Nasihatilah Manusia Walaupun Engkau Seorang Pendosa
Mungkin ada sebahagian orang yang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.

Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tercinta.

Sebagaimana dikatakan seorang penyair:

إذا لم يعظ في الناس من هو مذنب
فمن يعظ العاصين بعد محمد

“Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia,
Maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad kita”.

Sa’id bin Jubair berkata: “Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar”.

Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata: “Benar apa yang dikatakan Sa’id. Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”.

Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah: “Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu”. Mutharrif menjawab: “Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”.

Al-Hasan berkata lagi: “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”.

Berkata Ibnu Hazm: “Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorangpun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam.”

(Semua nukilan diatas dapat ditemukan dalam kitab al-Jami’ li Ahkamil Quran: 1/367, al-Qurtubi).

Imam Nawawi berkata:
“Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal. Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah. Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu : mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”.
(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).

Semoga kita termasuk orang-orang yang selalu saling menasihati dalam kebaikan.

Oct 8, 2010

JENDELA TAAKHI

0 comments

WILAYAH PERSEKUTUAN

KAHERAH 7 Okt. - Nasib para pelajar Wilayah Persekutuan di Mesir kini semakin mendapat perhatian apabila bangunan Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) di Bandar Nasr di sini, dirasmikan semalam.

Perasmian ARWP yang dibina oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kos kira-kira RM11 juta itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Sri Putra ARWP.

Bangunan lapan tingkat mengandungi 10 unit rumah pelajar itu mampu menampung 105 penghuni iaitu 63 katil untuk wanita dan 42 katil untuk lelaki pada sesuatu masa. Ia memulakan operasinya pada 10 Mac 2009.

MAIWP telah memainkan peranan yang cukup hebat dalam mengagihkan wang zakat termasuk dalam soal pendidikan.

Pada majlis yang sama, Jamil Khir turut menyampaikan cek bantuan kepada 343 pelajar dalam bentuk biasiswa dan bantuan am pelajaran.

Ia meliputi Bantuan Am Pelajaran kepada 256 pelajar Wilayah Persekutuan di Mesir sebanyak RM3.25 juta termasuk bantuan yuran pengajian kepada 101 pelajar perubatan dan pergigian.

Sebanyak RM3.58 juta lagi adalah biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang kepada 97 pelajar dan bantuan aktiviti kepada Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan sebanyak RM16,000.

Setakat September lalu, terdapat 444 pelajar Wilayah Persekutuan di Mesir yang mana majoritinya iaitu 159 orang berada di Kaherah.

Sementara itu, dalam keghairahan menghantar anak-anak melanjutkan pelajaran terutama dalam bidang perubatan di Mesir, Jamil Khir menasihatkan ibu bapa tidak terpengaruh dengan janji-janji manis yang disogokkan kepada mereka.

"Saya berharap ibu bapa tidak terpengaruh dengan sogokan kononnya akan dapat biasiswa MAIWP pada tahun kedua pengajian dengan syarat mendapat kelulusan jayyid jiddan (amat baik) pada tahun kedua pengajian.

"MAIWP telah luluskan biasiswa untuk 17 pelajar perubatan di sini sebab itu yang kita mampu," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Jamil memberitahu, MAIWP melalui Yayasan Taqwa turut membiayai 14 pelajar dalam bidang muamalat dengan kerjasama Amanah Raya Berhad (ARB).

Tajaan itu adalah mulai tahun 2009 sehingga tahun 2014 melibatkan belanja keseluruhannya sebanyak RM700,000.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Anan C. Mohamed dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.

Sempena majlis itu juga, Jamil Khir turut beramah mesra dengan lebih 400 pelajar pada majlis Semarak Syawal dan berdialog selama sejam dengan mereka.

Lebih 900 Buku Kronologi Khas ARMA Diedarkan Secara Percuma

0 comments
KAHERAH, 7 Oktober - Unit Panitia ARMA di bawah Lajnah Perancang Dan Panitia PMRAM pada tahun ini terus meneruskan langkah dalam menyemarakkan kembali sensitiviti ahli PMRAM khususnya berkenaan hak PMRAM yang dinafikan di ARMA.

Bermula dengan pameran di KEKAL '10 (Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM), Unit Panitia ARMA terus memperkasakan gerak kerja penerangan berdasarkan tema yang dibawa iaitu " ARMA : Hak Kita & Jasa Mereka ".

Sepanjang tempoh gerak kerja yang dilakukan, Unit Panitia ARMA telah pun mengedarkan lebih 900 naskhah buku kronologi berkaitan sejarah Unit Panitia dan ARMA kepada seluruh mahasiswa/wi di Mesir.

Pengedaran buku secara percuma tersebut disifatkan sendiri oleh Pengarah Unit Panitia ARMA, Saudara Hanif Musa sebagai satu langkah yang permulaan yang serius dalam membawa kembali isu ARMA ini.

"Kajian yang telah dilakukan di peringkat Unit Panitia ARMA menunjukkan ahli-ahli PMRAM khususnya semakin kurang menjiwai isu ARMA ini.

Tidak menafikan bahawa mereka mengetahui akan sejarah yang berlaku, namun kecaknaan ke atas hak yang dirampas adalah berkurangan" tambah beliau.

Kini, Unit Panitia ARMA telah pun menjalankan pameran bergerak sebanyak 2 kali iaitu pada 2 Oktober di hadapan rumah BKAN Pulau Pinang dan 7 Oktober di perkarangan Rumah Kelantan Baru. Dan pameran bergerak ini digabung jalinkan bersama dengan Unit Dana Syaqah.

Menurut Timbalan Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman sebagai bukti pihak PMRAM optimis dalam mengajar kepada ahli akan sikap mempertahankan hak.

Beliau juga menambah bahawa lebih-lebih lagi, antara usul yang dibawa oleh PMRAM ialah mengembalikan intergriti mahasiswa yang di antaranya menekankan soal hak dan maruah.

Beliau mengharapkan akan segala tindakan yang telah disusun dan diatur oleh Unit Panitia ARMA akan dapat menaikkan sensitiviti mahasiswa/wi berkenaan hak PMRAM yang telah hilang sejak 18 tahun dahulu.

RANGKUMAN PERJALANAN UNIT SAMBUTAN MAHASISWA BARU (USMB) DPM MAQAZ SHOUBRA

0 comments

MAHASISWA BARU SELAMAT SAMPAI

Pada 18 Ogos lalu, pihak USMB (MAQAZ) Shoubra telah menerima  kehadiran rombongan mahasiswa baru Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra. Kehadiran rombongan dari Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat Pulai Chondong seramai 26 orang termasuk dua orang guru pengiring  ini telah disambut oleh pihak USMB PMRAM cawangan Kelantan dengan kerjasama USMB PMRAM cawangan Shoubra. Turut hadir ialah badan pengurus PMRAM Ustaz Mohd Farkhan bin Md Zain selaku Naib Presiden III merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan.

Rombongan seterusnya yang tiba ialah pada 14 September 2010. Seramai 12 orang mahasiswa baru termasuk guru pengiring dari Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy dan Ihsaniah. Pihak USMB Shoubra seterusnya menyambut kedatangan seorang mahasiswa dari Maahad Tahfiz Klang pada 15 September 2010.

16 September 2010 menyaksikan kehadiran  seramai 55 orang mahasiswa baru dari Seketariat Menyambung Pelajaran Pelajaran ke Universiti Tempatan dan Timur Tengah (SMUTEM) Darul Quran  termasuk guru pengiring tiba. Turut hadir Badan Pengurus PMRAM, Ustaz Firdaus Noh serta Ustaz Ahmad Huzaifah bin Fauzi.

Rombongan yang terakhir tiba ialah rombongan Majlis Agama Islam Selangor pada 20 September 2010 seramai enam orang.

HARI TAKLIMAT DAN SILATURRAHIM 2010 (HTS ‘10) MERAPATKAN UKHUWAH PESERTA



KAHERAH 21 OKTOBER – Bertempat di Mukhayyam Da`im, Hayyu Sadis berlangsungnya program Hari Taklimat dan Silaturrahim 2010 (HTS ‘10) di bawah anjuran Unit Sambutan Mahasiswa Baru PMRAM cawangan Shoubra.
Program yang telah dirasmikan oleh Badan Pengurus angkat DPM (MAQAZ) Shoubra, Saudara Muhammad AlHidayat bin Khalid ini telah menyaksiakan kehadiran seramai 96 orang mahasiswa baru Maahad Qiraat Shoubra.

Dengan tema ‘Bersama Mengeratkan Silaturrahim’ peserta HTS ’10 telah disajikan dengan pelbagai pengisian berguna bagi menempuh kehidupan mahasiswa Islam di Mesir. Slot Pengalaman dan Motivasi, Taklimat Pengajian dan Kesihatan, Pengenalan Sejarah Al-Azhar  antara input berguna yang diperolehi peserta sepanjang berkampung selama 2 hari 2 malam di Mukhyyam Daim.

Berlangsung dalam suasana santai, HTS ’10 menjadi medan mahasiswa baru untuk mengenali saf kepimpinan PMRAM cawangan Shoubra dengan lebih dekat di samping dapat memupuk ukhuwah Islamiyah di kalangan peserta.

Saf kepimpinan DPM (MAQAZ) Shoubra merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh pihak yang menjayakan Hari Taklimat dan Siltaurrahim 2010.

PELANCARAN MUZAKARAH BERKELOMPOK, SERAMBI & DISKUSI KITAB BERJALAN LANCAR

SHOUBRA 30 SEPTEMBER -  Pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra telah menganjurkan program Majlis Pelancaran Muzakarah Berkelompok dan Serambi serta Diskusi Kitab Ukhuwwah Islamiyyah bertempat di Dewan Ibnu Jazari, Markaz DPM (MAQAZ) Shoubra.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra Saudara Ahmad `Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Saudara Mohd  Adlan bin Mokhtaruddin, Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM.

Hadirin seterusnya di dengan mendengar kupasan kitab Ukhuwwah Islamiyyah yang menampilkan oleh Saudara Hasan Basri, mantan Ketua Badan Dakwah, Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK).

Majlis diakhiri dengan taklimat pembahagian Muzakarah Berkelompok dan Serambi serta jamuan ringkas.

Oct 7, 2010

PERISTIWA 6 OKTOBER: MENGENANG SYEIKH HAFIZ SALAMAH

0 comments



Bagi umat Islam di Mesir dan di seluruh dunia yang pernah belajar di Universiti Al-Azhar, nama Syeikh Hafiz Salamah adalah tidak asing lagi bagi mereka. Ini kerana beliau telah memahat sejarah tersendiri dalam diari ingatan individu Muslim yang bencikan penjajahan, khususnya Israel yang bukan sahaja merampas tanah umat Islam di Palestin lebih setengah kurun, malah bertindak biadap untuk merampas tanah-tanah yang didiami oleh umat Islam di tempat lain termasuklah bumi bertuah, Mesir. Keangkuhan bangsa Yahudi yang mendiami Israel tidak dapat dibendung walaupun cuba ditutup dengan kain sebesar saiz stadium sekalipun. Ini kerana kejahatan, kerakusan dan kebiadapan mereka telah pun diceritakan oleh Allah SWT bagaimana mereka sanggup menjadi penghalang kepada tugas-tugas para anbiya’ di kalangan mereka sendiri yang bertindak tanpa mempedulikan para anbiya’ adalah utusan daripada Allah SWT.

Kebiadapan mereka perlu diajar seperti yang pernah dilakukan oleh individu Muslim yang berpegang kuat kepada ajaran agama Allah SWT, seperti yang pernah dilakukan oleh Syeikh Hafiz Salamah ketika tercetusnya perang antara Mesir dan Israel pada tahun 1973. Perang berpihak kepada kemenangan Mesir kerana berkat doa, usaha serta penentangan yang ditonjolkan oleh individu-individu seperti Syeikh Hafiz Salamah.

Rahmat Allah SWT dengan berkat Syeikh Hafiz Salamah, maka Mesir terselamat dalam kancah perang pada 1973 yang akhirnya memaksa tentera Israel berundur dari seluruh kawasan dan wilayah di Mesir kerana perancangan mereka tersekat dengan munculnya satu keajaiban melalui tangan keramat Syeikh Hafiz Salamah.

Keperibadian Syeikh Hafiz Salamah


Namanya Hafiz Ali Ahmad Salamah atau lebih dikenali umum sebagai Hafiz Salamah, dilahirkan pada 10 Jamadilakhir 1344H bersamaan dengan 25 Disember 1925 di bandar Suez. Beliau anak keempat daripada pasangan Ali Salamah iaitu seorang saudagar kain yang menjelajah dari satu wilayah ke satu wilayah yang lain seperti yang pernah dilkukan oleh Rasulullah SAW pada zaman kehidupan baginda.

Dalma Perang Dunia Kedua, ayahnya berhasrat untuk membawa ahli keluarganya untuk berhijrah ke Kaherah memandangkan Suez adalah tempat masuk segenap bala tentera asing yang mengancam penduduk setempat sekali gus menghalang segala sktiviti harian termasuk perdagangan dengan pelbagai bentuk jenisnya.

Namun Syeikh Hafiz enggan untuk bersama keluarganya ke Kaherah dengan alasan mahu meneruskan perniagaan ayahnya di Suez, sekali gus mahu mampertahankannya daripada segenap anasir yang datang.

Dalam usia mencecah 19 tahun, Syeikh Hafiz menyertai sebuah pertubuhan belia pada 1944 yang dikenali sebagai Jam’iyyah Syabab Muhammad (Pertubuhan Belia Muhammad) yang merupakan penglibatan awalnya dalam kancah penentangan terhadap segenap bentuk penjajahan asing ke atas Mesir.

Kecenderungan kepada gerakan secara tidak langsung

Syeikh Hafiz Salamah sedar, bahawa kebanyakan para aktivis Islam pada masa itu bersama dengan gerakan Islam yang ada pada masa itu yang diasaskan oleh Imam Hassan, yang berjuang bukan sahaja dalam Mesir, malah perjuangan mereka hingga mengerahkan ahli-ahlinya untuk menyelamatkan bumi Palestin yang dirampas pada 1948 yang ditaja oleh Britain, Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Syeikh Hafiz Salamah tidak menolak pendekatan yang dibuat oleh gerakan Islam yang ada pada masa itu dalam meneruskan misi dakwah dan gerakannya. Malah beliau terus bersama Pertubuhan Belia Muhammad yang masih dilihat oleh pihak berkuasa dan tentera asing bukanlah ancaman terhadap mereka, tetapi pada masa yang sama bertindak mengancam dan menghalang hasrat mereka untuk menjajah dan menakluk bumi Mesir.

Beliau yang juga terlibat dalam menyertai ketumbukan gerakan Islam pada tahun 1948 ke Palestin bagi menyelamatkan bumi tersebut terkandas kerana pihak berkuasa Mesir lebih dahulu mengesan individu yang menjadi delegasi untuk menyelamatkan Palestin, nama-nama mereka diserahkan kepada tentera British untuk diambil tindakan undang-undang.

Pada tahun 1950, Syeikh Hafiz Salamah dan juga aktivis gerakan Islam menjadi buruan pihak berkuasa atas arahan British. Akhirnya beliau ditangkap kerana tulisannya yang tersiar di dalam akhbar “An-Nazir” yang mengkritik hebat pakaian wanita dalam pasukan Bulan Sabit Merah yang menyerupai rahib-rahib Kristian.

Beberapa bulan selepas ditahan, Syeikh Hafiz Salamah bertindak garang dengan menghalakan sasaran kritikan pedasnya terhadap kekejaman tentera British pada 1951 yang akhirnya beliau sekali lagi ditangkap hingga kepada berlaku revolusi yang dikenali sebagai “Revolusi Julai 1952” yang dianggap sebagai satu petualang kepada perpecahan orang Arab hingga ke hari ini.

Presiden Mesir ketika itu, Presiden Jamal Abdul Naser mengeluarkan arahan supaya Pertubuhan Belia Muhammad diharamkan serta-merta markaz mereka ditutup, segala aktiviti dihalang bagi menjaga kepentingan Mesir dan Soviet Union ketika itu, kerana PResiden Jamal Abdul Naser adalah pemimpin Mesir yang berhaluan Sosialis, maka Syeikh Hafiz Salamah turut ditangkap dan disumbat ke dalam Penjara Za’bal.

Berjihad di belakang tabir penjara

Syeikh Hafiz Salamah yang diletak di dalam sel yang bernombor 12 di penjara Anbar Al-‘Atawilah tidak berdiam diri, malah menulis sepucuk surat yang ditujukan khas kepada Presiden Jamal Naser menasihatkannya agar bertakwa kepada Allah SWT, hendaklah beliau takut kepada-Nya yang akan mati dan berada dalam alam kubur hingga sanggup menjadi tali barut musuh Islam dengan menggadai maruah ajaran Islam dan akidah. Beliau bersama para pimpinan gerakan Islam turut memohon agar dibebaskan supaya dapat mempertahan Mesir dari serangan Israel, ia berlaku pada tahun 1967 di mana tentera Mesir kalah dalam peperangan itu.

Beliau menegaskan dengan jelas, bahawa tangan-tangan Muslim yang jarang berwudhuk, tidak akan diberi kemenangan oleh Allah SWT, kerana mereka sama sahaja seperti orang-orang kafir. Permintaan Syeikh Hafiz Salamah akhirnya ditunaikan akan tetapi, sudah agak terlewat kerana Mesir telah menerima kekalahan.

Perang 6 Ramadhan menghadapi tentera Israel

Syeikh Hafiz Salamah boleh dianggap wira dalam peperangan pada tahun 1973 setelah Syeikh Al-Azhar pada waktu Dr. Abdul Halim Mahmoud bermimpi bahawa Mesir akan menerima kemenangan dan mengerahkan seluruh bala tenteranya melalui Presiden Anwar Sadat agar bersiap siaga dalam menghadapi peperangan tersebut.

Syeikh Hafiz Salamah berperanan besar pada peperangan itu. Apabila tentera Israel mengalirkan racun dalam laut Mesir termasuk di Terusan Suez yang menjadi sumber minuman kepada seluruh rakyat negara itu, sesungguhnya Allah SWT tidak menghendaki rakyat negara Mesir mati diracun, maka dengan berkat dan keramat (karomah) Syeikh Hafiz Salamah yang kassyaf kerana banyak beramal dan berzikir kepada Allah, beliau telah mengalihkan air racun tersebut untuk dikirim semula ke Israel agar menjadi sumber minuman beracun dengan jarinya yang mulia itu.

Takdir Allah menentukan segala-galanya apabila Mesir menerima kemengan dalam peperangan tersebut atas berkat doa, gandingan serta penggemblengan tenaga para ulamak yang membuka mata umum bahawa para ulamaklah yang menjadi tulang belakang kemenangan kepada Mesir walaupun mereka pernah dipenjara atas alasan yang tidak munasabah kerana semata-mata mendaulatkan Islam secara praktikal.

Sesungguhnya kehidupan Syeikh Hafiz Salamah sarat dengan perjuangan untuk menegakkan hukum Allah SWT di muka bumi ini, sama ada menghadapi musuh Allah di kalangan orang-orang kafir Nasrani (Kristian) atau Yahudi, mahupun musuh dalam selimat di kalangan bangsa sendiri yang sanggup menjadi penerus hidup yang menentang Allah SWT.

MAKLUMAN

Blog rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM [MAQAZ] Shoubra ini di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Ianya bertujuan untuk memudahkan pemberitahuan maklumat setiap aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli DPMMS. AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan dan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat sekalian..Sila hantarkan cadangan anda ke e-mail @ YM rasmi DPM [MAQAZ] Shoubra : mymaqaz@yahoo.com

********************
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila gunakan Mozilla Firefox sebagai browser.
 

Hak Cipta Terpelihara Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif of Shoubra / Julang Thaqafah Bakti Dicurah